20101211

kadang kadang


ada masanya kita 'diperlukan'
dan ada masanya kita 'memerlukan'
tidak perlu berasa bangga dan ujub sewaktu kita diperlukan
kelak pasti tiba saat kita amat memerlukan

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah." (Riwayat Muslim)

susahnya.. cuba bayangkan, kalau kita tak menutup aurat, sekurang-kurangnya ada orang nak tegur,
tapi apabila kita ujub dan riak siapa yang nak tegur? sebabnya perbuatan tu tak nampak pada mata kasar.
diri sampai lalai, tak sedar dengan dosa yang bertambah..hmm

kita sangkakan, kebaikan yang dibuat dapat menambah pahala, betul.
tapi jika tidak disertai dengan keikhlasan tambah dengan bangga diri, sia-sia je.

Ingat kata-kata Allah taala,

"Katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya" [Al-Kahfi: 103-104]

semoga kita dalam kalangan orang yang tak sia-sia perbuatannya.AMIN

3 comments:

lilcaliph said...

AMINN.
betul2. kdg2 tak sedar tiba2 diri dah ter-riak. astaghfirullah.

Anonymous said...

like this :)

sugar2 kapas strawberry said...

kita sangkakan, kebaikan yang dibuat dapat menambah pahala, betul.
tapi jika tidak disertai dengan keikhlasan tambah dengan bangga diri, sia-sia je.


suke ayat nih.kdg2 org buat baik just nk menunjuk2 je