20100414

Old Town Coffee Halal ke Tak?

seyesly,xnak pg dah oldtwn kopi dh lps nii~
btw, semua yang di bwh aku copypaste dari blog ini
ni aku amek sebahagian je
silalah bace demi menjaga kehalalan makanan yg kte makan




Ini snapscreen sijil halal yang diambil pada website tersebut (http://www.oldtown.com.my/) . Didapati, sijil halal ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak yang sah sehingga 1.1.2010. Tarikh ianya dikeluarkan tidak dinyatakan. Tapi apa yang meragukan ialah sila lihat betul-betul senarai menu yang diperakukan yang telah memenuhi kriteria halal mengikut hukum syarak. Bagi yang tak berapa nampak di sini aku taipkan semula senarai tersebut:
Adalah dengan ini diperakukan:

1. Oldtown White Coffee 3 in 1 - Classic
2. Oldtown White Coffee 3 in 1 - Hazelnut
3. Oldtown White Coffee 3 in 1 - Ice Cold
4. Oldtown White Coffee 3 in 1 - Mild
5. Oldtown White Coffee 3 in 1 - Natural Cane Sugar
6. Oldtown White Coffee 3 in 1 - Coffee and Creamer
7. Oldtown White Milk Tea 3 in 1
8. Instant White Coffee
9. Chocolate Powder
10. Instant Tea
11. White Milk Tea
12. Ice Blended Coffee
13. Ice Blended White Milk Tea
14. Hazelnut Flavor
15. Mocha Powder

Telah memenuhi kriteria HALAL mengikut Hukum Syarak

Jadi apa yang dapat disimpulkan di sini? Kalau dilihat senarai di atas, semuanya MINUMAN! Tiada senarai MAKANAN yang diperakukan di dalam sijil halal tersebut! Jadi selama ini kita hanya tertipu dengan sijil halal yang dipamerkan tanpa menyelidiki secara terperinci apa menu yang halal yang disahkan! Dan tiada pula sijil halal lain yang menyenaraikan menu selain di atas.

Jadi pada pendapat aku rasanya restoran ini tidak pernah memohon sijil halal daripada JAKIM. Jadi sememangnya JAKIM tidak dapat berbuat apa-apa terhadap restoran tersebut. Lagipun kalau diperhatikan secara logiknya restoran ini memang tidak menyalahgunakan sijil halal yang dikeluarkan kerana ianya hanya meliputi senarai minuman sahaja! Sijil halal tersebut pula tidak menyenaraikan menu makanan yang didakwa tidak halal seperti di atas. Melainkan kalau sebaliknya barulah mereka boleh mengambil tindakan.

Ramai kita di kalangan umat Islam mengambil mudah apabila menjamu selera di restoran bukan Islam. Janji ada sijil halal, cukup la. Jarang kita menyelidiki dan meneliti sesuatu perkara.

18 comments:

syafiqah; said...

erk.aku naseb tak pena g sini

nabilah said...

aku pun x penah pegi old town coffee

nawal said...

cuak doh.
nseb bek x pena pegi sbb tmpt ni xklusip beno

khaliesah said...

eyqa.nwl.beja;tuh arr..
slmat minum je,tu pun yg nawal cilok dr rmah ckgu.huhu

fye said...

nasib aku xjadi nk keje kat situ.
hahha

khaliesah said...

fuh.
selamat kau~
tp kat ctu mcm rmai org cne je.

iema_z said...

eiii...bahaya la gini...yg xpegi ok la..yg pegi...ish3

khaliesah said...

tuhla
ak rs mcm rmai yg x tau

nawal said...

aah.. yg aku cilok tu.. tu white cofee kn?

khaliesah said...

haah.sedap kot
slmat halal.huhu

sugar2 kapas strawberry said...

minom kopi cap badak je khalies..sdp pon sdp ;)

zida said...

bagus benda ni. mcm penah bace la pulak.. haha

aku memang x pena pegi pon. selamat~

Akif said...

slmt x pena pegi. nice info, cik.

khaliesah said...

sgr2 kapas;
adeke???
huhuhu


zida;tuhlaa..selamat~
kan aku kate ak copy.mestila ko prnh bace.huhu


akif;tq :)

nfk said...

nasib baik kite tak pegi. mesti ramai tak tau en. pakai makan je...

khaliesah said...

tuhla.
terkejot gak ble tau

shazika said...

ish..aku tak pernah plak gi mam kat sana..mahal kot

khaliesah said...

agak ar.
memang mahal~