20100213

valentine?


Hukum menyambut Valentine

Usul penyambutan Valentine adalah terang-terangan haram. Sebagaimana haramnya menyambut tahun baru, christmas, deepavali dan apa juga perayaan yang lain.

Kita orang Islam tidak sesekali menyambutnya. Cuma kita hanya menghormati sesiapa yang menyambutnya dengan penghormatan sebagai manusia dengan manusia. Tetapi menyambutnya? Kita tidak sesekali menyambutnya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia adalah dari kaum tersebut” Hadith riwayat Tarmidzi.

Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil yahudi dan nasrani itu menjadi pemimpin-pemimpin kamu. Sebahagiam mereka memimpin sebahagian yang lain. Barangsiapa antara kamu yang mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk pada mereka yang zalim.” Surah Al-Maidah ayat 51.

Perayaan Valentine ini sah-sah bukan daripada Islam. Rasulullah SAW tidak merayakannya. Para sahabat juga tidak merayakannya. Para tabi’in dan tabi’ tabi’in juga tidak merayakanna. Ditambah lagi perayaan ini membuka pintu kepada maksiat seperti ikhtilat dan zina, maka sesungguhnya perayaan ini menjadi satu perayaan yang terkeluar dari sambutan orang Islam.

Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32.

Islam mendidik kita bercinta dengan cinta yang bersih. Bercinta atas paksi keimanan. Bercinta dengan lunas-lunas dan peraturan yang telah ditetapkan. Tetapi Valentine mengajar kita apa?


harapnya kita tak sambutlah perayaan ini yang terang2annya haram. semoga kau dapatlah sampai2kan benda ni kat semua orang.terimakaseh ;)

credit to;hilal asyraf[http://ms.langitilahi.com/perkongsian-valentine-%E2%80%93-pencemar-cinta/#more-2177]

5 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

sah2 mmg haram..sape yg sambot gak xtaw la..xpaham hukum ke hape..huhu ;)

nabilah halimi said...

betul2
aku dh bace kt page hilal

sape yg sambut tu mmg melampau x hengat dunia
lawan hukum tu
nauzubillah, mintak dijauhkan

khaliesah said...

ye..minx smuga kte smua dijauhkan.
skrg dan smpai ble2.amin

Eyqa RosLaDyNa said...

betol tu.
Tpi ann awk,
klu wishing kat dorg,
acam Happy Deepavali
atau Happy Chinese New Year,
Tak pe kan?
Sye tak de niat pun nk sambut.
tak pe ann?

khaliesah said...

ap yg kte tau,x bole.
seolah2nya kte mcm mengiktiraf agama dorg..
tp x 100% sure.
so lg baek kte elakkanlah =)